MSC Launching 2008 HOSPIS Charity Bazaar 2009 Mount Berembun Expedition 2009 HEALS 2010 Gala Dinner
Showing posts with label Malaysian Medical News. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Medical News. Show all posts

Sunday, 17 August 2008

Jom baca berita..! (dari berita harian)

Wanita Mesir Lahirkan Anak kembar 7
 
ISKANDARIAH: Seorang wanita Mesir berusia 27 tahun, selamat melahirkan bayi kembar tujuh melalui pembedahan di Hospital El-Shatbi, Iskandariah, awal semalam.

Pengarah hospital, Emad Darwish, berkata Ghazala Khamis, berada dalam keadaan stabil walaupun wanita itu memerlukan pemindahan darah tambahan berikutan masalah yang dihadapinya ketika pembedahan. [Baca seterusnya...]

Sel Stem Haiwan Cetus Persoalan

DUNIA perubatan kini mengiktiraf rawatan sel stem sebagai satu pilihan atau alternatif bagi mengubati penyakit tertentu seperti jantung dan paru-paru. Rawatan Hematopoietic stem cells (HSCs) umpamanya sudah dibuktikan berjaya dan sangat diperlukan sebagai rawatan penyakit kanser darah atau leukemia.

Pusat perubatan tempatan sendiri sudah menerima dan menjalankan rawatan ini. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) umpamanya melaksanakan kaedah rawatan ini sejak 1995 dan lebih 100 pesakit berjaya dirawat. [Baca seterusnya...]

Saturday, 9 August 2008

14 budak hidap EV71 (Berita Harian 9 Ogos 2008)

Berita Harian, 9 Ogos 2008
Oleh Misiah Taib 
Kerajaan Sarawak kawal segera wabak maut elak merebak

KUCHING: Enterovirus 71 (EV71), virus maut yang dilaporkan meragut nyawa sekurang-kurangnya 34 kanak-kanak di China baru-baru ini, kini dikesan di Sarawak dengan 14 penghidap wabak tangan, kaki dan mulut (HMFD) disahkan positif dijangkiti EV71, setakat ini.

Kerajaan negeri yang mengumumkan langkah kawalan segera di seluruh Sarawak semalam, turut mengesahkan ini kali pertama penghidap wabak berkenaan disahkan EV71, walaupun Sarawak pernah terjejas teruk akibat HFMD pada 2006 apabila 14,521 kes dikesan, dengan 13 kematian.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata 14 kes disahkan positif EV71 menerusi ujian makmal di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan dikesan daripada 3,330 kes HFMD yang dilaporkan di Sarawak sejak awal tahun ini hingga kelmarin.
[Baca seterusnya..]