Wanita Mesir Lahirkan Anak kembar 7
ISKANDARIAH: Seorang wanita Mesir berusia 27 tahun, selamat melahirkan bayi kembar tujuh melalui pembedahan di Hospital El-Shatbi, Iskandariah, awal semalam.
Pengarah hospital, Emad Darwish, berkata Ghazala Khamis, berada dalam keadaan stabil walaupun wanita itu memerlukan pemindahan darah tambahan berikutan masalah yang dihadapinya ketika pembedahan. [Baca seterusnya...]
Sel Stem Haiwan Cetus Persoalan
DUNIA perubatan kini mengiktiraf rawatan sel stem sebagai satu pilihan atau alternatif bagi mengubati penyakit tertentu seperti jantung dan paru-paru. Rawatan Hematopoietic stem cells (HSCs) umpamanya sudah dibuktikan berjaya dan sangat diperlukan sebagai rawatan penyakit kanser darah atau leukemia.
Pusat perubatan tempatan sendiri sudah menerima dan menjalankan rawatan ini. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) umpamanya melaksanakan kaedah rawatan ini sejak 1995 dan lebih 100 pesakit berjaya dirawat. [Baca seterusnya...]
Sunday, 17 August 2008
Thursday, 14 August 2008
Caj khidmat PTPTN 1 peratus!
Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN 2008
Kelihatan Y.Bhg Prof Dato' Dr. Shukri Bin Abdul Yajid yang juga presiden MSU
dan merupakan wakil IPTS seluruh negara
PUTRAJAYA: Pelajar yang memperoleh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini hanya perlu membayar caj perkhidmatan sebanyak satu peratus berikutan keputusan Kabinet semalam bersetuju menurunkan kadar caj berkenaan, berkuat kuasa 1 Jun lalu.
Kadar baru itu meliputi pinjaman di peringkat pengajian ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana serta doktor falsafah (PhD). Sebelum ini, pelajar ijazah sarjana muda dikenakan caj perkhidmatan tiga peratus, manakala peringkat ijazah sarjana dan PhD lima peratus.
Ketika ini, 1.04 juta peminjam PTPTN membabitkan pelajar peringkat ijazah sarjana muda dan 2,473 pelajar ijazah sarjana serta PhD.
[Baca seterusnya...]

Labels:
News
Subscribe to:
Posts (Atom)