MSC Launching 2008 HOSPIS Charity Bazaar 2009 Mount Berembun Expedition 2009 HEALS 2010 Gala Dinner

Friday, 4 July 2008

Muscles of the Anterolateral Abdominal Wall


Rajah 1
Menunjukkan otot-otot yang terdapat pada dinding depan-tepi abdomen.
Di sini tidak ditunjukkan otot pyramidalis
  1. Terdapat 5 otot (berpasangan di setiap tepi abdomen) yang terdapat pada bahagian depan-tepi (anterolateral) dinding abdomen.
  2. 3 darinya adalah otot rata dan dua adalah vertikal.
  3. 3 otot rata tersebut ialah otot oblik luar, otot oblik dalam, dan otot melintang abdomen (external oblique muscle, internal oblique muscle & transverse abdominis muscle). Otot2 ini mempunyai jaringan serat yang menglangkahi satu sama lain dengan dua otot oblik menurun dalam keadaan oblik dan berserenjang antara satu sama lain. Otot melintang abdomen pula berkeadaan melintang di abdomen.
  4. Ketiga-tiga otot ini berterusan dari hadapan (anterior) dan sisi tengah (medial) sebagai lapisan yang kuat seperti aponeurosis (fascia dari tendon yang rata).
  5. Di antara garis tengah tulang klavikel (midclavicle line, MCL) dan garis tengah badan (midline), aponeurosis ini membentuk rectus sheath yang membungkus otot rektus abdominis (rectus abdominis muscle).
  6. Rectus sheath ini kemudiannya akan bergerak ke bahagian garis tengah badan dan akan bertemu menjadi linea alba.
  7. Linea alba sebenarnya adalah bermula dari xiphoid process (bahagian bawah tulang sternum di dada yang membentuk bentuk tajam) hinggalah ke pubic symphysis pada tulang pinggul.
  8. Dua otot abdomen yang vertikal pula ialah rectus abdominis dan pyramidalis.
Ringkasannya, terdapat 5 otot di bahagian antero-lateral abdominal wall;
  1. internal oblique
  2. external oblique
  3. transverse abdominis
  4. rectus abdominis
  5. pyramidalis

Next episod... (external oblique, internal oblique, transverse abdominal, rectus abdominis dan pyramidalis...)

to be continued.....

Fascia of Anterolateral Abdominal Wall


Rajah 1
Komponen2 otot yang membentuk dinding abdomen

Hari ini kita akan bercakap mengenai fascia yang meliputi kawasan hadapan-tepi (anterolateral) abdomen. Fascia adalah tisu penghubung lembut (soft connecting tissue) yang menyeliputi keseluruhan badan. Fascia atau boleh disebut sebagai lapisan, menyeliputi kebanyakan bahagian badan termasuklah tulang, otot, urat saraf, salur darah dan struktur2 lain. Fascia adalah penting untuk mengekalkan bentuk satu2 struktur badan, memberi sokongan & perlindungan dan juga bertindak sebagai penyerap hentakan.

Kita lupakan fascia yg lain dan tumpukan pd fascia bhgian abdomen. Biasanya abdomen disebut sebagai 'perut' oleh kebanyakan orang namun istilah ini sebenarnya tidak begitu tepat
  1. Tisu di bahagian bawah kulit (subcutaneous tissue) bahagian abdomen kebanyakkan diliputi oleh lemak. Lelaki umumnya lebih cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian bawah abdomen. Bagi yang obesiti pula, lemak di sini boleh menjadi sehingga berinci2 tebalnya dan membentuk seperti karung berisi yang digelar panniculi.
  2. Dibawah bahagian pusat (umbilicus), bahagian dalam di bawah subcutaneous tissue adalah terdiri dari serat-serat kolagen yang elastik (elastic collagen fibers. Lapisan ini mempunyai dua lapis sebenarnya iaitu lapisan lemak atas (superficial fatty layer) ataupun disebut sebagai Camper fascia dan lapisan membran dalam (deep membranous layer) atau juga disebut sebagai Scarpa fascia.
  3. Lapisan membran dalam ini seterusnya akan bersambung ke bawah ke bahagian perineal (kawasan antara anus dan organ genital) dan akan membentuk lapisan (fascia) yang disebut sebagai Colles fascia. Colles fascia tidak bersambung sehingga ke peha.
  4. Bagi kebanyakan individu, cecair yang terlepas dari salur darah atau uretra yang pecah (darah dan air kencing) boleh berkumpul di dalam lapisan membran ini.
  5. Lapisan paling atas, pertengahan dan dalam bagi investing fascia menyeliputi bahagian luar otot abdomen anterolateral (ada 3 otot) dan aponeurosis nya (berupa fascia dari tendon rata).
  6. Investing fascia ini adalah sangat nipis, dan berada dibahagian luar epimysium (tisu penghubung yang membalut setiap otot) dan di antara 3 otot abdomen. Untuk pengetahuan, dinding abdomen terdiri dari otot oblik luar (external oblique muscle) otot oblik dalam (internal oblique muscle) dan otot abdomen melintang (transverse abdominis muscle).
  7. Bahagian dalam dinding abdomen dilapisi oleh beberapa lapisan membran yang berbeza ketebalan, lapisan2 ini disebut sebagai endoabdominal fascia (endo-dalam).
  8. Antara komponen endoabdominal fascia ialah transversalis fascia yang dipisahkan dengan parietal peritoneum oleh lapisan lemak yang disebut sebagai extraperitoneal fat.
Secara ringkasnya, bahagian abdomen perut boleh dibahagikan kepada berikut (disusun dari atas ke dalam);
  • Kulit
  • Fascia
    • Camper's fascia (lapisan luar berlemak)
    • Scarpa's fascia (lapisan membran dalam)
  • Otot
    • Oblik luar (external oblique muscle)
    • Oblik dalam (internal oblique muscle)
    • Melintang abdomen (transverse abdominis muscle)
  • Fascia transversalis
  • Peritoneum