MSC Launching 2008 HOSPIS Charity Bazaar 2009 Mount Berembun Expedition 2009 HEALS 2010 Gala Dinner

Saturday 9 August 2008

14 budak hidap EV71 (Berita Harian 9 Ogos 2008)

Berita Harian, 9 Ogos 2008
Oleh Misiah Taib 
Kerajaan Sarawak kawal segera wabak maut elak merebak

KUCHING: Enterovirus 71 (EV71), virus maut yang dilaporkan meragut nyawa sekurang-kurangnya 34 kanak-kanak di China baru-baru ini, kini dikesan di Sarawak dengan 14 penghidap wabak tangan, kaki dan mulut (HMFD) disahkan positif dijangkiti EV71, setakat ini.

Kerajaan negeri yang mengumumkan langkah kawalan segera di seluruh Sarawak semalam, turut mengesahkan ini kali pertama penghidap wabak berkenaan disahkan EV71, walaupun Sarawak pernah terjejas teruk akibat HFMD pada 2006 apabila 14,521 kes dikesan, dengan 13 kematian.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata 14 kes disahkan positif EV71 menerusi ujian makmal di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan dikesan daripada 3,330 kes HFMD yang dilaporkan di Sarawak sejak awal tahun ini hingga kelmarin.
[Baca seterusnya..]

No comments: