Rajah 1
External oblique muscle ditandakan dengan anak panah. Juga kelihatan aponeurosis dari otot ini.
External oblique muscle ditandakan dengan anak panah. Juga kelihatan aponeurosis dari otot ini.
- Otot oblik luar (external oblique muscle, EOM) merupakan otot terbesar dan paling luar berbanding 3 otot rata pada dinding anterolateral abdomen.
- EOM berasal (origin) dari bahagian luar tulang rusuk 5 ke 9 dan berakhir (insertion) ke linea alba, pubic tubercle, dan separuh dari bahagian depan iliac crest.
- EOM ditembusi oleh urat saraf thoracoabdominal (5 saraf toraksik (T7-T11)) dan juga saraf subkostal.
- Berbanding 2 otot rata yang lain, EOM tidak berasal dari thoracolumbar fascia iaitu di bahagian posterior. Otot ini mempunyai bahagian paling belakang (posteriormost) yang berhujung bebas yang merentang dari tulang rusuk ke iliac crest.
- Walaupun bahagian paling belakang EOM dari rusuk ke 12 menurun dengan hampir vertikal ke iliac crest, namun fiber yang lebih di hadapan EOM menurun dengan lebih ke arah medial. Maka ini menjadikan EOM menurun secara inferiormedially (ke bawah-tengah) iaitu kedudukan yang sama pada jari ketika kita memasukkannya ke dalam poket seluar.
- Fiber EOM mula menjadi aponeurotik apabila mencapai garisan tengah klavikel (midclavicular line, MCL) dan garisan spinoumbilical (garisan dari umbilicus ke anterior superior iliac spine,ASIS).
- Aponeurosis ini seterusnya akan bertemu menjadi linea alba.
- Pada bahagian inferior, aponeurosis EOM akan bercantum pada pubic crest dan pubic tubercle. Bahagian inferior otot ini menjadi sedikit menebal dan melengkung dengan bahagian posteriornya yang berhujung bebas. Bahagian ini akan seterusnya merentang dari ASIS ke pubic tubercle untuk menjadi ligamen inguinal (inguinal ligament).
- Ligamen inguinal seterusnya akan bersambung dengan fascia lata di peha.
- Ligamen inguinal bertindak sebagai retinaculum dimana pelbagai struktur melepasinya untuk memasuki bahagian peha.
- Pada bahagian lateral kepada ligamen inguinal pula membekalkan origin kepada bahagian inferior dua lagi otot anterolateral abdomen (internal oblique muscle & transversalis abdominis muscle)
No comments:
Post a Comment