MSC Launching 2008 HOSPIS Charity Bazaar 2009 Mount Berembun Expedition 2009 HEALS 2010 Gala Dinner

Saturday, 5 July 2008

Internal Oblique Muscle


Rajah 1
Internal oblique muscle/obliquus internuss abdominis kelihatan seperti kipas yang menurun inferiormedially, namun serat fibernya adalah pada arah superiormedially iaitu berserenjang dengan fiber EOM
Grey's Anatomy

  1. Internal Oblique Muscle, IOM (otot oblik dalam) terletak di antara dua otot rata abdomen.
  2. IOM merupakan otot nipis yang kelihatan seperti kipas secara inferomedialli. Namun bahagian paling bawah fiber otot ini yang muncul dari sebahagian ligamen inguinal, menurun secara berserenjang kepada arah fiber otot EOM. Ini menjadikan umumnya IOM berserat ke arah superiomedialli, iaitu sama seperti keadaan jari yang yang diletakkan di dada.
  3. Aponeurosis IOM juga muncul ketika di MCL (seperti EOM) dan turut menyumbang kepada pembentukan rectus sheath.
  4. IOM berasal (origin) dari;
    1. thoracolumbar fascia,
    2. 2/3 dari bahagian anterior iliac crest,
    3. separuh dari bahagian lateral ligamen inguinal.
  5. IOM berakhir (insertion) pada;
    1. bahagian inferior rusuk ke-10 hingga ke-12,
    2. linea alba,
    3. pecten pubis melalui tendon conjoint (berasal dari IOM & Transverses abdominis).
  6. Bersama transverse abdominis, IOM ditembusi oleh;
    1. saraf thoracoabdominal (anterior rami saraf toraksik 6 terbawah)
    2. saraf lumbar pertama

No comments: