- Tranverse abdominis muscle, TAM, merupakan otot yang paling dalam berbanding 3 otot rata pada bahagian anterolateral abdomen. Otot ini menurun secara melintang (transverse) kecuali bahagian bawahnya yang mana menurun secara menegak.
- Serat otot ini yang melintang adalah ideal untuk menekan isi abdomen, bagi meningkatkan tekanan intra-abdomen. Fiber otot ini juga turut berakhir sebagai aponeurosis yang akan menyumbang kepada pembentukan rectus sheath.
- Di antara TAM dan IOM, terdapat laluan neurovascular (neurovascular plane), yang menyerupai laluan neurovascular yang terdapat pada ruang inter-kostal. Kedua-dua laluan ini berada di antara otot pertengahan dan paling dalam.Pada bahagian anterior dinding abdomen, salur darah dan saraf meninggalkan salur neurovascular dan seterusnya berada di bahagian tisu subkutaneous.
Saturday, 5 July 2008
Transverse Abdominis Muscle
Labels:
Abdomen-Pelvic,
Anatomy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment