MSC Launching 2008 HOSPIS Charity Bazaar 2009 Mount Berembun Expedition 2009 HEALS 2010 Gala Dinner
Showing posts with label Anatomy. Show all posts
Showing posts with label Anatomy. Show all posts

Saturday, 26 July 2008

Venous Drainage of the Heart

  • About 2/3 of the venous drainage of the heart is achieved by veins whcich accompany the coronary arteries and which open into the right atrium.
  • The rest of the blood drains by means of small veins (called as venae cordis minimae) directly into the cardiac cavity.
  • By looking at the posterior aspect of the heart, we can see the veins come from  coronary sinus lies in the posterior atrioventricular groove and opens into the right atrium  just to the left of the mouth of the inferior vena cava.
  • Then later, it branches into;
  1. the great cardiac vein  in the anterior interventricular groove (can be seen at anterior view of the heart)
  2. the middle cardiac vein the inferior interventricular groove;
  3. the small cardiac vein - accompanying the marginal artery along the lower border of the heart,
  4. the oblique vein - descends obliquely on the posterior aspect of the left atrium (not labeled in the picture, located just above the circumflex coronary artery)
  • At the anterior surface of the heart, anterior cardiac veins (up to three or four in number) cross the anterior atrioventricular groove, drain much of the  anterior surface of the heart and open directly into the right atrium.
Click here to read about coronary arteries (in bahasa Malaysia)
All images are taken from http://home.comcast.net/

Saturday, 5 July 2008

Transverse Abdominis Muscle



  1. Tranverse abdominis muscle, TAM, merupakan otot yang paling dalam berbanding 3 otot rata pada bahagian anterolateral abdomen. Otot ini menurun secara melintang (transverse) kecuali bahagian bawahnya yang mana menurun secara menegak.
  2. Serat otot ini yang melintang adalah ideal untuk menekan isi abdomen, bagi meningkatkan tekanan intra-abdomen. Fiber otot ini juga turut berakhir sebagai aponeurosis yang akan menyumbang kepada pembentukan rectus sheath.
  3. Di antara TAM dan IOM, terdapat laluan neurovascular (neurovascular plane), yang menyerupai laluan neurovascular yang terdapat pada ruang inter-kostal. Kedua-dua laluan ini berada di antara otot pertengahan dan paling dalam.Pada bahagian anterior dinding abdomen, salur darah dan saraf meninggalkan salur neurovascular dan seterusnya berada di bahagian tisu subkutaneous.

Internal Oblique Muscle


Rajah 1
Internal oblique muscle/obliquus internuss abdominis kelihatan seperti kipas yang menurun inferiormedially, namun serat fibernya adalah pada arah superiormedially iaitu berserenjang dengan fiber EOM
Grey's Anatomy

  1. Internal Oblique Muscle, IOM (otot oblik dalam) terletak di antara dua otot rata abdomen.
  2. IOM merupakan otot nipis yang kelihatan seperti kipas secara inferomedialli. Namun bahagian paling bawah fiber otot ini yang muncul dari sebahagian ligamen inguinal, menurun secara berserenjang kepada arah fiber otot EOM. Ini menjadikan umumnya IOM berserat ke arah superiomedialli, iaitu sama seperti keadaan jari yang yang diletakkan di dada.
  3. Aponeurosis IOM juga muncul ketika di MCL (seperti EOM) dan turut menyumbang kepada pembentukan rectus sheath.
  4. IOM berasal (origin) dari;
    1. thoracolumbar fascia,
    2. 2/3 dari bahagian anterior iliac crest,
    3. separuh dari bahagian lateral ligamen inguinal.
  5. IOM berakhir (insertion) pada;
    1. bahagian inferior rusuk ke-10 hingga ke-12,
    2. linea alba,
    3. pecten pubis melalui tendon conjoint (berasal dari IOM & Transverses abdominis).
  6. Bersama transverse abdominis, IOM ditembusi oleh;
    1. saraf thoracoabdominal (anterior rami saraf toraksik 6 terbawah)
    2. saraf lumbar pertama

Friday, 4 July 2008

External Oblique Muscle


Rajah 1
External oblique muscle ditandakan dengan anak panah. Juga kelihatan aponeurosis dari otot ini.
  1. Otot oblik luar (external oblique muscle, EOM) merupakan otot terbesar dan paling luar berbanding 3 otot rata pada dinding anterolateral abdomen.
  2. EOM berasal (origin) dari bahagian luar tulang rusuk 5 ke 9 dan berakhir (insertion) ke linea alba, pubic tubercle, dan separuh dari bahagian depan iliac crest.
  3. EOM ditembusi oleh urat saraf thoracoabdominal (5 saraf toraksik (T7-T11)) dan juga saraf subkostal.
  4. Berbanding 2 otot rata yang lain, EOM tidak berasal dari thoracolumbar fascia iaitu di bahagian posterior. Otot ini mempunyai bahagian paling belakang (posteriormost) yang berhujung bebas yang merentang dari tulang rusuk ke iliac crest.
  5. Walaupun bahagian paling belakang EOM dari rusuk ke 12 menurun dengan hampir vertikal ke iliac crest, namun fiber yang lebih di hadapan EOM menurun dengan lebih ke arah medial. Maka ini menjadikan EOM menurun secara inferiormedially (ke bawah-tengah) iaitu kedudukan yang sama pada jari ketika kita memasukkannya ke dalam poket seluar.
  6. Fiber EOM mula menjadi aponeurotik apabila mencapai garisan tengah klavikel (midclavicular line, MCL) dan garisan spinoumbilical (garisan dari umbilicus ke anterior superior iliac spine,ASIS).
  7. Aponeurosis ini seterusnya akan bertemu menjadi linea alba.
  8. Pada bahagian inferior, aponeurosis EOM akan bercantum pada pubic crest dan pubic tubercle. Bahagian inferior otot ini menjadi sedikit menebal dan melengkung dengan bahagian posteriornya yang berhujung bebas. Bahagian ini akan seterusnya merentang dari ASIS ke pubic tubercle untuk menjadi ligamen inguinal (inguinal ligament).
  9. Ligamen inguinal seterusnya akan bersambung dengan fascia lata di peha.
    1. Ligamen inguinal bertindak sebagai retinaculum dimana pelbagai struktur melepasinya untuk memasuki bahagian peha.
    2. Pada bahagian lateral kepada ligamen inguinal pula membekalkan origin kepada bahagian inferior dua lagi otot anterolateral abdomen (internal oblique muscle & transversalis abdominis muscle)

Muscles of the Anterolateral Abdominal Wall


Rajah 1
Menunjukkan otot-otot yang terdapat pada dinding depan-tepi abdomen.
Di sini tidak ditunjukkan otot pyramidalis
  1. Terdapat 5 otot (berpasangan di setiap tepi abdomen) yang terdapat pada bahagian depan-tepi (anterolateral) dinding abdomen.
  2. 3 darinya adalah otot rata dan dua adalah vertikal.
  3. 3 otot rata tersebut ialah otot oblik luar, otot oblik dalam, dan otot melintang abdomen (external oblique muscle, internal oblique muscle & transverse abdominis muscle). Otot2 ini mempunyai jaringan serat yang menglangkahi satu sama lain dengan dua otot oblik menurun dalam keadaan oblik dan berserenjang antara satu sama lain. Otot melintang abdomen pula berkeadaan melintang di abdomen.
  4. Ketiga-tiga otot ini berterusan dari hadapan (anterior) dan sisi tengah (medial) sebagai lapisan yang kuat seperti aponeurosis (fascia dari tendon yang rata).
  5. Di antara garis tengah tulang klavikel (midclavicle line, MCL) dan garis tengah badan (midline), aponeurosis ini membentuk rectus sheath yang membungkus otot rektus abdominis (rectus abdominis muscle).
  6. Rectus sheath ini kemudiannya akan bergerak ke bahagian garis tengah badan dan akan bertemu menjadi linea alba.
  7. Linea alba sebenarnya adalah bermula dari xiphoid process (bahagian bawah tulang sternum di dada yang membentuk bentuk tajam) hinggalah ke pubic symphysis pada tulang pinggul.
  8. Dua otot abdomen yang vertikal pula ialah rectus abdominis dan pyramidalis.
Ringkasannya, terdapat 5 otot di bahagian antero-lateral abdominal wall;
  1. internal oblique
  2. external oblique
  3. transverse abdominis
  4. rectus abdominis
  5. pyramidalis

Next episod... (external oblique, internal oblique, transverse abdominal, rectus abdominis dan pyramidalis...)

to be continued.....

Fascia of Anterolateral Abdominal Wall


Rajah 1
Komponen2 otot yang membentuk dinding abdomen

Hari ini kita akan bercakap mengenai fascia yang meliputi kawasan hadapan-tepi (anterolateral) abdomen. Fascia adalah tisu penghubung lembut (soft connecting tissue) yang menyeliputi keseluruhan badan. Fascia atau boleh disebut sebagai lapisan, menyeliputi kebanyakan bahagian badan termasuklah tulang, otot, urat saraf, salur darah dan struktur2 lain. Fascia adalah penting untuk mengekalkan bentuk satu2 struktur badan, memberi sokongan & perlindungan dan juga bertindak sebagai penyerap hentakan.

Kita lupakan fascia yg lain dan tumpukan pd fascia bhgian abdomen. Biasanya abdomen disebut sebagai 'perut' oleh kebanyakan orang namun istilah ini sebenarnya tidak begitu tepat
  1. Tisu di bahagian bawah kulit (subcutaneous tissue) bahagian abdomen kebanyakkan diliputi oleh lemak. Lelaki umumnya lebih cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian bawah abdomen. Bagi yang obesiti pula, lemak di sini boleh menjadi sehingga berinci2 tebalnya dan membentuk seperti karung berisi yang digelar panniculi.
  2. Dibawah bahagian pusat (umbilicus), bahagian dalam di bawah subcutaneous tissue adalah terdiri dari serat-serat kolagen yang elastik (elastic collagen fibers. Lapisan ini mempunyai dua lapis sebenarnya iaitu lapisan lemak atas (superficial fatty layer) ataupun disebut sebagai Camper fascia dan lapisan membran dalam (deep membranous layer) atau juga disebut sebagai Scarpa fascia.
  3. Lapisan membran dalam ini seterusnya akan bersambung ke bawah ke bahagian perineal (kawasan antara anus dan organ genital) dan akan membentuk lapisan (fascia) yang disebut sebagai Colles fascia. Colles fascia tidak bersambung sehingga ke peha.
  4. Bagi kebanyakan individu, cecair yang terlepas dari salur darah atau uretra yang pecah (darah dan air kencing) boleh berkumpul di dalam lapisan membran ini.
  5. Lapisan paling atas, pertengahan dan dalam bagi investing fascia menyeliputi bahagian luar otot abdomen anterolateral (ada 3 otot) dan aponeurosis nya (berupa fascia dari tendon rata).
  6. Investing fascia ini adalah sangat nipis, dan berada dibahagian luar epimysium (tisu penghubung yang membalut setiap otot) dan di antara 3 otot abdomen. Untuk pengetahuan, dinding abdomen terdiri dari otot oblik luar (external oblique muscle) otot oblik dalam (internal oblique muscle) dan otot abdomen melintang (transverse abdominis muscle).
  7. Bahagian dalam dinding abdomen dilapisi oleh beberapa lapisan membran yang berbeza ketebalan, lapisan2 ini disebut sebagai endoabdominal fascia (endo-dalam).
  8. Antara komponen endoabdominal fascia ialah transversalis fascia yang dipisahkan dengan parietal peritoneum oleh lapisan lemak yang disebut sebagai extraperitoneal fat.
Secara ringkasnya, bahagian abdomen perut boleh dibahagikan kepada berikut (disusun dari atas ke dalam);
  • Kulit
  • Fascia
    • Camper's fascia (lapisan luar berlemak)
    • Scarpa's fascia (lapisan membran dalam)
  • Otot
    • Oblik luar (external oblique muscle)
    • Oblik dalam (internal oblique muscle)
    • Melintang abdomen (transverse abdominis muscle)
  • Fascia transversalis
  • Peritoneum

Wednesday, 25 June 2008

Vasculature & Innervation of Heart

Apa kata kita revise sket anatomi of heart
JOM! (*mcm ajak g makan aje...hehe)

apa kata kita buat dlm BM. so sume snng faham..

INTRODUCTION

Rajah 1
Bahagian2 utama jantung
  1. Salur darah ke jantung terdiri dari arteri koronari (coronary arteries) dan vena jantung (cardiac veins). Fungsi salur drh ini ialah utk membawa drh dari dan kepada myocardium iaitu otot2 yg ada pada jantung.
  2. Scr umumnya, otot2 jantung blh dibahagikn kpd 3 iaitu bahagian dalam jantung ialah endocardium, tengah jantung ialah myocardium, dan bahagian terluar sekali sbg pericardium.
    1. *Nota: pericardium aldh membran fiber yg melindungi jantung.
    2. di bawah percardium trdpt dua layer iaitu parietal layer dan dibwhnya lg ialah visceral layer. di antara layer ini ialah pericardial cavity.
  3. Salur darah pd permukaan jantung biasanya berada d dlm lapisan lemak yg menyelaputi luar jantung
ARTERIAL SUPPLY OF THE HEART.
Rajah 2
Menunjukkan cabang2 arteri koronari pd bhgn depan (anterior) jantung
a) Intro
  1. Terdiri dari coronary artery iaitu cabang pertama dari aorta, brfungsi membeklkan darah kpd myocardium dan epicardium.
  2. coronary artery kiri dan kanan muncul dari aorta pada aortic sinus iaitu aortic kiri dan knn (jgn lupa ada 3 aortic sinus; left, right and posterior aortic sinus) iaitu pd bahagian;
    1. proximal (dekat) aorta yg sdg menaik (ascending aorta) yg juga superior (di ats) kpd injap ventrikel kiri (aortic valve).
    2. coronary artery kemudianya akan menuju ke arah yg berlawanan dari batang pulmonary (pulmonary trunk - salur drh yg seterusny akan mmbhgi kpd arteri pulmonari kiri dan knn). *ntah betul ke tak istilah 'batang' pulmonari ni...(",)? haha
  3. Coronary artery membekalkn drh kpd atrium dan jg ventrikel. Namun cbg pd atrium adlh lebih kecil dan biasanya tdk dpt dilihat pd jantung kadaver (mayat yg digunakn oleh medical student utk buat dissection/potong2).

b) Arteri koronari kanan (Right Coronary Artery, RCA)
*Rujuk rajah 2
  1. Berasal dari aortic sinus kanan pd ascending aorta, kemudiannya terus ke kanan batang pulmonari dan strusnya akn terus melengkung pd prmukaan jantung (coronary groove).
  2. Pd permulaan RCA, kebiasaanya RCA akn menghasilkn cabang arteri nodal sinuatrial (sinoatrial nodal branch) yang akan membekalkn drh kpd SA node (pencetus elektrik pd atrium kanan). Namun sinoatrial nodal branch juga boleh berasal dari circumflex artery yg akan dibincngkn kemudian.
  3. RCA kemudiannya akan menurun ke arah bawah pada coronary groove, seterusnya membahagi kpd arteri maginal kanan (right marginal artery) yng akn mmbekalkn darah kpd penjuru kanan jantung ketika ianya terus menuju ke bwh permukaan jantung menuju ke hujung/tip (apex) jantung. *hampir ke apex saje tau, x sampai.
  4. Setelh membahagi kpd right marginal artery, RCA terus turun ke kiri dan terus ke posterior (belakang) jantung sehingga mencapai crux of the heart. (Crux (palang) of the heart merupakan kwsn persimpangan antara septum dan dinding 4 ruang jantung) di mn ianya akan mmbhagi kpd atrioventricular nodal branch.
  5. Atrioventricular nodal branch artery brfungsi utk membekalkn drh kepada AV node.
  6. Fungsi AV node pula ialah sbg konduktor kpd impuls elektrik yg dtg dari SA node utk mmbw impuls itu ke arah ventrikel jantung.
  7. Utk pengathuan semua AV node ni lembab sket berbanding SA node. Maka impuls yg dtg ke AV node akn di lambatkn pergerakannya utk mmberi peluang kpd drh dr atrium memasuki ventrikel senuhnya ketika atrium sdg mengepam. Rujuk rajah 1 utk lokasi SA dan AV node.
  8. Maka boleh d simpulkn di sini bhw SA node dan AV node adlh sbhgian kpd sistem pengkonduksian jantung (part of the conducting system of the heart). Nnti kita bincang psl ni.
  9. OK... skarang kita nak cakp psl coronary artery pd bhgian blkng jantung plk ataupun posterior of the heart. Gentlemen, Start your engine.........
http://graphics8.nytimes.com/images/2007/08/01/health/adam/18037.jpg
Rajah 3
Menunjukkan arteri koronari di bahagian posterior (belakang) jantung.
RCA akan membahagi kepada interventricular artery, septal interventricular artery dan atrioventricular nodal branch (tidak dilabel pada rajah).
  1. Bahagian posterior jantung didominasi oleh RCA. Ini dikatakan sebagai dominance of the coronary arterial system. RCA mendominasi 67% bahagian posterior jantung.
  2. Pd bhgn posterior, RCA akn membahagi kpd arteri antaraVentrikel belakang (posterior interventricular artery) yg mana menurun disepanjang ruang antara ventrikel sehinggalah mendekati bahagian apex jantung.
  3. Posterior interventricular artery ini berfungsi membekalkn darah kepada ventrikel kiri dan kanan sambil membahagi kpd satu lg cabang arteri iaitu arteri septum antaraVentrikel (interventricular septal artery).
  4. Jadi boleh sy ringkaskan bahawa arteri coronary kanan membekalkan darah ke :
    1. Atrium kanan,
    2. Hampir sepenuhnya ventrikel kanan,
    3. Sebahagian ventrikel kiri (permukaan diaframnya),
    4. Sebahagian dinding antaraVentrikel septum.
    5. SA node (60% orang)
    6. AV node (80% orang)
c) Arteri Koronari Kiri (Left Coronary Artery, LCA)

.....akan bersambung....